Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu sukacita dimaklumkan bahawa SPR telah mengumumkan pembubaran jawatan bagi kabinet Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuala Lumpur 2011 / 2012 berkuatkuasa 4 Oktober 2012. Walau bagaimanapun jawatan Presiden dan Setiausaha MPP masih lagi disandang oleh Saudara Khairul Ashraf Bin Ramli dan Saudari Norruqaiyah Binti Nabi Khan sehingga pilihanraya baru kampus diumumkan oleh SPR tidak lama lagi.
Alhamdulillah, berkat sokongan rakan - rakan , pelbagai kejayaan telah berjaya dikecapi sepanjang kami bertugas.Terima kasih kepada rakan - rakan dan pihak kolej kerana memberi mandat kepada kami dalam menggerakkan aktiviti pelajar. Bermula hari
ini genaplah setahun dalam kami menggalas tanggungjawab sebagai
Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuala Lumpur. Kami berasa sangat gembira dalam menyumbang bakti dan menjayakan aktiviti pelajar buat warga kampus.
Semoga
dengan apa yang diusahakan oleh kami di barisan MPP sesi 2011/2012 sedikit
sebanyak dapat membantu rakan –rakan pelajar. Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi
2011/2012 memohon seribu kemaafan andai ada kekurangan dan kesilapan sepanjang
kami berkhidmat. Terima kasih diucapkan tidak terhingga kepada anda yang menyokong serta memberi dorongan sepanjang tempoh kami bertugas.
Tidak dilupakan, penasihat kami, Cik Hairunnida Mansor dari Unit Pengantarabangsaan yang tidak jemu mendidik kami menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi.
Insyallah tidak lama lagi, SPR KPTM akan mengumumkan pilihanraya baru kampus
untuk MPP 2012/2013. Harapan kami agar hasrat KPTM dinaiktaraf menjadi kolej universiti tercapai serta melahirkan modal insan yang berkualiti. Kepada barisan MPP yang akan datang diharapkan dapat menjalankan tugas dan amanat dengan sebaik mungkin. Terima kasih KPTM Kuala Lumpur !
Yang menjalankan tugas,
Khairul Azfar Bin Azahari
Mantan Exco Publisiti dan Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar
KPTM Kuala Lumpur Sesi 2011/2012
0 comments:
Post a Comment