Wednesday, 21 December 2011

YURAN DAN KALENDAR AKADEMIK SESI 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pembaca . entry kali ini kami akan berikan keterangan serba sedikit  mengenai yuran dan kalendar akademik untuk sesi 2012.

:: YURAN ::

Memandangkan masih ramai lagi pelajar yang masih tidak jelas mengenai struktur bayaran yuran kolej, terutama bagi pelajar baru , jadi melalui entry kali ini kami harap para pelajar akan lebih jelas mengenai sudut bayaran. 

**klik untuk tumbesaran**

untuk makluman rakan pelajar , yuran pendaftaran wajib dibayar mengikut struktur bayaran yang telah ditetapkan dan tidak boleh ditangguh. yuran pendaftaran ini juga tidak akan ditanggung oleh mana - mana badan pinjaman sama ada PTPTN mahupun MARA. untuk jelaskan yuran pendaftaran , anda boleh membuat  bayaran melalui "cash" di kolej ataupun secara "bank in " . nasihat kami, lebih baik anda membuat bayaran melalui "bank in" kerana jika anda membuat pembayaran semasa hari pendaftaran , semestinya anda kena beratur panjang dan menunggu giliran, jumlah pelajar semasa hari pendaftaran lazimnya tidak kurang daripada 1000 orang .  jadi fikirkan jalan yang mudah dan selesa . 

Cara Pembayaran Yuran Pendaftaran

Anda dikehendaki membayar Yuran Pendaftaran ke akaun  KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD dengan menggunakan borang  ”DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN” di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.
  
Pastikan anda mengisi ruangan yang disediakan di dalam borang tersebut seperti di bawah :

Nama Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd

No. Akaun  1410029000229771

Kod Organisasi A2780500 (maklumkan kod ini sekiranya diminta di kaunter BSN)

untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh klik ke  pautan ASAD

:: KALENDAR AKADEMIK :: 

untuk makluman rakan pelajar juga, kalendar akademik bagi sesi 2012 sudah pun keluar. jadi untuk melihat maklumat tersebut, anda boleh klik ke pautan link mengikut kursus anda masing - masing . 

Program Degree Februari & September
Program Homegrown



Kami dari barisan  Mpp Kptm Kuala Lumpur membantu  setakat yang termampu demi rakan - rakan pelajar semua. diharap dengan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. salam perpaduan! voice is our right ! 

kata admin : anda boleh hubungi ASAD untuk sebarang maklumat lanjut. 

10 comments:

  1. Salam, saya nak mohon pihak MPP bawa kpd pihak pentadbiran kolej berkenaan dengan kemudahan ICT(wifi, makmal komputer, dll.) yg sangat buruk, kenapa sy maklumkan perkara ini di bawah post ini? kerana melihat kpd yuran kemudahan ICT yg dikenakan kepada setiap pelajar adalah rm100, bilangan pelajar di kolej kita pun sekarang ini ada dalam 3000++(ini saya agak, mngkin bilangannya 4000++), paling busuk pun mungkin pelajar kita ada dalam 2000++, jd kita amik 2000 pelajar kali dengan rm100 jumlahnya dah RM200,000, setiap semester RM200,000!!! untuk kemudahan ICT, sudah tentu MPP sekalian dpt lihat sendiri bagaimana mutu perkhidmatan ICT yg ada di kolej kita sangat2 tidak padan dengan jumlah peruntakan yg ada, sy cadangkan pihak mpp berjumpa dan mohon penjelasan dari pihak kolej ke mana peruntukan bg perkhidmatan ICT tersebut telah disalurkan, kami pelajar2 x nampak pun mana pergi peruntukan tersebut dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ICT di kptm terchenta~

    ReplyDelete
  2. wasalam.terima kasih atas pandangan tersebut. dalam manifesto kami, barisan mpp telah berjanji akan mengeluarkan penyata kewangan mengenai perjalanan duit pelajar kerana takut pihak kolej mendiskriminasi wang tersebut.mengenai kemudahan it pula, saban tahun, setiap mpp mengutarakan masalah ini. insyallah kami akan cuba lagi dapatkan penjelasan mengenai ini, segala perkembangan akan diberitahu kemudian

    ReplyDelete
  3. Saya ingin mencadangkan agar pihak kolej kita memasang sebuah komputer lengkap dengan LCD projektor di dalam setiap bilik kuliah. Diperhatikan sekarang setiap bilik kuliah hanya ada mesin OHP yang sudah tidak relevant lagi untuk digunakan..kita bayar yuran mahal2...tapi servis yang diperolehi tidak setimpal...harap MPP dapat mengutarakan perkara ini kepada pihak atasan.

    ReplyDelete
  4. mohon pihak yg berkenaan perbaiki tandas pelajar kerana keadaan tandas pelajar amat teruk.tak boleh flush,bocor dan terdapat beberapa pintu yg tak bole lock.perkara ini amat memalukan dan tidak sesuai dengan yuran yg kami bayar.oh ya,harga yang dikenakan oleh pihak cafe kolej juga amat tidak sesuai dgn taraf kami sebagai pelajar.harap pihak MPP dapat membantu.tq

    ReplyDelete
  5. good evening..i am new student for diploma in tesl intake 072012..i still didnt get my time table..so how i can go 2 my class..2mrw is 3rd july and now its nearly 7pm..so how i can get my time table today

    ReplyDelete
  6. Good afternoon..kenapa harga bagi makanan2 di cafe kolej 'Tidak Berpatutan' bagi para pelajar..kebanyakan daripada kami semua tidak mampu menampung kos makanan yg tersedia..malahan buku2 juga perlu dibeli sendiri..in fact,the facilities is also poor..

    ReplyDelete
  7. asalamualaikum...saya nak tanya,saya dah terlepas hari pendaftaran KO-Q...jadi sekarang saya tidak memasuki apa2 kelab...macam mana saya nak daftar masuk..

    ReplyDelete
  8. saya ingin menghubungi ahli mpp atau berjumpa dengan presiden mpp.di mana kita boleh berjumpa

    ReplyDelete
  9. salam mpp, boleh x nyatakan struktur yuran pengajian uitm untuk student yang repeat paper bagi sem 7. tq

    ReplyDelete