Saturday 20 October 2012

SIJIL ANUGERAH DEKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhatian kepada semua pelajar KPTM Kuala Lumpur yang telah mendapat anugerah dekan bagi sesi Julai -Disember 2011 dan Januari-Julai 2012 , anda boleh mengambil sijil dekan anda di UNIT KO-Q tingkat 2 bermula  pada  22/10/2012 
terima Kasih

Monday 8 October 2012

PEMBUBARAN MPP SESI 2011 / 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu sukacita dimaklumkan bahawa SPR  telah mengumumkan pembubaran jawatan bagi kabinet Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuala Lumpur 2011 / 2012 berkuatkuasa 4 Oktober 2012. Walau bagaimanapun jawatan Presiden dan Setiausaha MPP masih lagi disandang oleh Saudara Khairul Ashraf Bin Ramli dan Saudari Norruqaiyah Binti Nabi Khan sehingga pilihanraya baru kampus diumumkan oleh SPR tidak lama lagi. 


Alhamdulillah, berkat sokongan rakan - rakan , pelbagai kejayaan telah berjaya dikecapi sepanjang kami bertugas.Terima kasih kepada rakan - rakan dan pihak kolej kerana memberi mandat kepada kami dalam menggerakkan aktiviti pelajar. Bermula hari  ini genaplah setahun dalam kami menggalas tanggungjawab sebagai  Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuala Lumpur. Kami berasa sangat gembira dalam menyumbang bakti dan menjayakan aktiviti pelajar buat warga kampus.





Semoga dengan apa yang diusahakan oleh kami di barisan MPP sesi 2011/2012  sedikit sebanyak dapat membantu rakan –rakan pelajar. Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 memohon seribu kemaafan andai ada kekurangan dan kesilapan sepanjang kami berkhidmat. Terima kasih diucapkan  tidak terhingga kepada anda yang menyokong serta memberi dorongan sepanjang tempoh kami bertugas.





Tidak dilupakan, penasihat kami, Cik Hairunnida Mansor dari Unit Pengantarabangsaan yang tidak jemu mendidik kami menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi. Insyallah tidak lama lagi, SPR KPTM akan mengumumkan pilihanraya baru kampus untuk MPP 2012/2013. Harapan kami agar hasrat KPTM dinaiktaraf menjadi kolej universiti tercapai serta melahirkan modal insan yang berkualiti. Kepada barisan MPP yang  akan datang diharapkan dapat menjalankan  tugas dan amanat  dengan sebaik mungkin. Terima kasih KPTM Kuala Lumpur !

Yang menjalankan tugas,


Khairul Azfar Bin Azahari
Mantan Exco Publisiti dan Informasi
Majlis Perwakilan Pelajar 
KPTM Kuala Lumpur Sesi 2011/2012

Saturday 22 September 2012

[ TERKINI ] KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

berkenaan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KADS1M) , sebelum ini, pihak MPP KPTM KL menerima notis pemberian kad tersebut adalah pada bulan september, walaubagaimana pun terdapat sedikit perubahan pada jadual pemberian tersebut.



diharap rakan - rakan pelajar ambil perhatian dengan notis yang berkaitan dari semasa ke semasa. harap maklum.

sumber dari  SINI .

Friday 31 August 2012

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA ( KADS1M)


Pada 2 Julai 2012 yang lalu, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan inisiatif KADS1M  untuk pelajar IPT . Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Bank Rakyat dipertanggungjawabkan untuk inisiatif ini. 

KADS1M ini bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar IPTA dan IPTS di seluruh negara . melalui kad diskaun ini , pelajar akan dapat menikmati potongan harga bagi pembelian barangan dan perkhidmatan di rangkaian perniagaan yang terlibat. 

antara kriteria untuk mendapat KADS1M adalah seperti berikut : 

-Warganegara Malaysia
-Mengikuti pengajian sepenuh masa.

pemberian KADS1M kepada pelajar dijangka akan bermula pada bulan September 2012. ( pelajar akan dimaklumkan kelak) 

Kad ini akan diberi secara automatik kepada pelajar ( tidak perlu memohon )

Tempoh sah KADS1M adalah tempoh tamat setiap peringkat pengajian pelajar

untuk maklumat lanjut mengenai KADS1M sila rujuk portal www.1pengguna.com

sumber :KPDNKK  & MPP UNITEN

Tuesday 28 August 2012

PENGUMUMAN MAJLIS ANUGERAH DEKAN 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR KPTM KL YANG MENDAPAT STATUS DEKAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK UNTUK SESI JULAI - DISEMBER 2011 DAN JANUARI - JULAI 2012. SATU MAJLIS ANUGERAH DEKAN AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT : 

TARIKH : 10 / 9 / 2012 ( ISNIN ) 
MASA : 12 TENGAHARI HINGGA 4 PETANG
TEMPAT : MEGA VIEW BANQUET MENARA KUALA LUMPUR
PAKAIAN : FORMAL DAN BERJAKET KPTM 
PENGANGKUTAN : DISEDIAKAN

SURAT JEMPUTAN KEPADA PENERIMA ANUGERAH AKAN DIEDARKAN DALAM MASA TERDEKAT. MOHON RAKAN - RAKAN PELAJAR AMBIL PERHATIAN DENGAN NOTIS DAN PENGUMUMAN DARIPADA JAWATANKUASA INDUK MAJLIS ANUGERAH DEKAN. SEGALA PERTANYAAN BOLEH TANYA KAMI DI FACEBOOK ATAU TERUS KE BILIK MPP DI TINGKAT 2. 


Tuesday 7 August 2012

MINGGU FESTIVAL ISLAM KPTM KL 2012


Bermula 6 Ogos sehingga 10 Ogos 2012 ini , Minggu Festival Islamik KPTM KL membawakan warga kampus pelbagai aktiviti menarik speanjang minggu ini ! 









hadirkan diri beramai - ramai ! tambahkan ukwah , tambahkan pahala , semarakkan ramadhan !

#KataAdmin : Salam ramadhan ! 

Friday 8 June 2012

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU

Kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuala Lumpur mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. semoga kedatangan membawa lensa  kegemilangan KPTM !