Sunday 11 December 2011

MAJLIS PENGHARGAAN DAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ POLY - TECH MARA KUALA LUMPUR

AMPANG - Hari ini satu lagi sejarah dan lembaran baru akan tercipta dalam sejarah KPTM Kuala Lumpur dimana hari ini kesemua ahli barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010 / 2011 dan sesi 2011 / 2012 dikumpulkan dalam majlis yang julung kali diadakan , Majlis Penghargaan dan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan di Hotel Flamingo dirasmikan oleh Presiden Kolej Poly - Tech Mara , Dato ' Hj Yusoff Bin Harun .




::JASAMU DIKENANG,  MPP KPTM KUALA LUMPUR SESI 2010 / 2011  ::


Mengimbas kembali mengenai pucuk kepimpinan yang lepas yang diterajui saudara Abd Hasyim Asy'arie bin Halid selaku Presiden MPP serta barisan MPP yang lain, banyak kejayaan dan hasrat pelajar yang telah diperjuangkan oleh mereka . Antaranya mengusahakan kemudahan mesin minuman , membaik pulih keceriaan kolej ,  menyediakan 'stop centre' bagi setiap program di kolej dan banyak  lagi. Sesungguhnya  semangat serta contoh kepimpinan  mantan barisan  MPP KPTM Kuala Lumpur yang lepas wajar dicontohi .  Syabas dan ribuan Terima Kasih  diucapkan kepada mantan barisan  MPP KPTM Kuala Lumpur yang lepas kerana menyumbangkan sumbangan yang tidak terhingga kepada pihak kolej.

:: MPP KPTM KUALA LUMPUR SESI 2011 / 2012 : VOICE IS OUR RIGHT!::

" Voice is our right! " itulah tagline yang menjadi sandaran kami, barisan Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuala Lumpur yang baru . berbekalkan inspirasi dan aspirasi daripada kepimpinan yang lepas , kami akan cuba sedaya upaya mengutamakan kebajikan pelajar  dimana perkara tersebut merupakan tunjang utama untuk kami berdiri sebagai 'suara' dan wakil pelajar kali ini . Insyallah dengan sokongan anda kepada kami , segala masalah , aduan dan cadangan daripada anda akan kami terus utarakan kepada pihak yang berkenaan.

0 comments:

Post a Comment