Thursday 12 April 2012

KARNIVAL KERJAYA KEUSAHAWANAN INOVASI KING KPTM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan - rakan pembaca .



pada 16 sehingga 22 April ini bakal berlangsungnya Karnival Kerjaya Keusahawanan Inovasi KING KPTM 2012. program ini bakal disemarakkan oleh rangkaian laman sosial Malaysia , OneClique, dihangatkan oleh KPTM dan MPP KPTMKL serta dibarakan oleh Sinar Harian selaku media rasmi karnival ini . 






program yang berlangsung selama seminggu ini bakal dipadatkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan futsal , pertandingan paintball , bengkel kewartawanan oleh sinar harian , pameran kucing, persembahan artis , jualan gerai keusahawanan serta banyak lagi. turut mengisi slot karnival ini adalah pertandingan bisnes plan, peraduan kumpulan jualan , peraduan  ruang pameran dimana hadiah  - hadiah  ditaja khas oleh OneClique








kepada para pelajar yang berminat menyertai mana - mana aktiviti sila beri nama kepada krew yang terlibat . untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial OneClique , serta Facebook MPP KPTMKL



 #kataAdmin: ajak kenalan - kenalan anda ke karnival ini!

0 comments:

Post a Comment