Monday, 2 January 2012

TAYANGAN KHAS FILEM BUJANG TERLAJAK

FILEM genre komedi begitu sinonim dengan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.
Walaupun pernah menghasilkan filem seram dan sedih, nama Prof. Madya A. Razak Mohaideen. lebih menyerlah menerusi filem komedi. Tanyalah mana-mana pengikut dunia seni tanah air, pastinya mereka lebih mengetahui judul filem komedi arahan Razak seperti Anak Mami The Movie, Mami Jarum, Bujang Senang, Sifu dan Tonga, 4 Madu dan banyak lagi.



Terbaru, pengarah kreatif ini sedang mempromosikan filem ke-32, Bujang Terlajak yang menampilkan tiga pelakon komedi popular, Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Johan Raja Lawak. Turut ditampilkan, Fazura Ahmad, Susan Menon serta pelakon filem Ratu sebagai pendedahan buat mereka. Ini adalah filem ke-13 terbitan LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd.



untuk makluman juga , Setelah meneliti 'footage' Bujang Terlajak yang sudah siap, Prof telah membuat kesimpulan inilah filem paling kelakar yang pernah diarahkannya.jadi sempena dengan tayangan rasmi filem ini di pawagam pada 19 Januari ini , LineClear Motion Pictures Sdn.Bhd dengan kerjasama MPP KPTM Kuala Lumpur akan membuat tayangan khas filem ini pada 5 Januari 2012 , bertempat di Dewan Bunga Raya , GMI-KPTM Kuala Lumpur. 



tayangan akan bermula pada 5 petang . tiket berharga RM 10.00 dan boleh dapatkan pada Saudara Azman Bin Azizan (0142240711/0129046364) atau dapatkan di Bilik MPP . jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi yang pertama menyaksikan Filem Bujang Terlajak! 

info : mymetro 

#kata admin : jangan lupa untuk menyaksikannya!

0 comments:

Post a Comment