Tuesday 6 December 2011

BLOG SEBAGAI MEDIUM TERBARU

Assalamualaikum buat semua rakan pembaca...
Alhamdulillah akhirnya siap juga blog ini sebagai salah satu medium buletin kepada semua rakan - rakan . selepas facebook , kini kami tampilkan kepada anda semua blog untuk memudahkan kami menyalurkan segala informasi berkaitan pelajar KPTM Kuala Lumpur. jadi di kesempatan ini, admin ingin berkongsi tentang fungsi blog ini untuk memudahkan anda semua memberi respons terhadap perkembangan ini.


kalau anda perhatikan didalam lingkaran bulatan tersebut terdapat beberapa simbol networking termasuk facebook dan sebagainya. butang - butang tersebut untuk anda share setiap entry kami pada akaun facebook anda. jadi anda boleh klik butang tersebut untuk berkongsi maklumat yang ada, pada rakan anda di facebook.

butang scroll to top ini terdapat di bahagian bawah blog untuk memudahkan anda kembali ke bahagian atas tanpa scroll pad laptop atapun tetikus anda .



untuk mendapat maklumbalas daripada rakan - rakan , kami sediakan satu ruangan poll ataupun soalan di bahagian bawah blog. jadi kami akan sentiasa update soalan ataupun maklumbalas baru daripada anda . jadi admin memohon setiap rakan pembaca yang membaca entry blog ini , luangkan sedikit masa untuk memberi maklumbalas pada poll ini. 

kalau diperhatikan kebanyakan blog hanya membenarkan pengguna akaun gmail dan blog untuk tinggalkan komen. tapi pada blog ini , sesiapa saja boleh tinggalkan komen. anda cuma perlu klik pada "select profile" dan pilih anonymous.  kami berharap pada setiap komen tersebut anda tinggalkan nama panggilan dan bidang yang anda ambil untuk memudahkan kami memberi maklumbalas kepada setiap komen anda.

jadi kami daripada barisan MPP KPTM Kuala Lumpur sesi 2011 / 2012 akan cuba memberi yang terbaik buat rakan - rakan semua. jadi kami berharap anda semua terus memberi sokongan untuk kami terus menjadi nadi utama pelajar kepada pihak kolej. sekian saja entry kali ini, assalamualaikum ,voice is our right!


#kata admin : selepas ini nantikan entry sekitar aktiviti kolej

1 comment:

  1. kami pelajar kptm bukan bute it....hahahahahahahahahah

    ReplyDelete