Wednesday 18 January 2012

MALAYSIA BOOK EXPO 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


masih mencari kedai buku untuk penebusan baucer ? apa kata cuba dapatkan di 1 Malaysia Book Expo 2012 bersempena international book conference dan anugerah buku negara pada 1 hingga 6 februari ini pada jam 10 pagi sehingga 8 malam bertempat  di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur . bawa rakan - rakan anda untuk tebus baucer disini dan dapatkan buku - buku dengan harga potongan sehingga 70 % .

#kata admin : KPTM merupakan penganjur bersama untuk expo ini

ELAUN SARA HIDUP ( ESH ) TAJAAN MARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

perhatian kepada pelajar - pelajar berikut sila ke  Bahagian Perkhidmatan & Kebajikan Pelajar, Unit Tajaan untuk mengambil Cek Elaun Sara Hidup (ESH) Tajaan MARA. (KLIK SINI UNTUK SEMAKAN SENARAI NAMA

Diingatkan kepada pelajar yang ingin mengambil elaun sara diri ,  sila pastikan nombor bilangan anda sebelum mengambil cek dan berpakaian mengikut 
etika pemakaian yang ditetapkan.

#LAMAN PAUTAN : KPTM KUALA LUMPUR

PERJUMPAAN DAN PENDAFTARAN PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera .



 
pada 26 Januari ini akan diadakan pendaftaran serta taklimat untuk semua kelab dan persatuan  bertempat di student square tingkat 2 , KPTM Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang  . sehubungan dengan itu , semua kelab yang berdaftar pada semester lepas dan juga kelab baru  yang ingin mendaftar  pada semester ini , anda diminta menghantar wakil untuk tujuan pendaftaran dan taklimat. Kelab yang gagal menghantar wakil akan dibubarkan serta merta.

senarai kelab dan pengerusi   semester lepas
SOCIETY BUSINESS CLUB - QAIZAL ATIF
PERTUBUHAN SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH - SYED MUAZ
KELAB BOLA JARING - MARLIYA MUSTAPA
KELAB BADMINTON - NORSHAZWANI
ASRAMA PANDAN MEWAH - SHAFIQ
KOLEJ KEDIAMAN SISIWI - NOR IDAYU
KELAB NASYID - MUHAMMAD FADHIL
KELAB MUZIK - SITI AMINAH
MAJLIS PELAJAR ISLAM - AFNANIN
KELAB KEBUDAYAAN - SHARINA
ORATORS CLUB (KORC) - EZZARATUL RAIHAN
KELAB TAEKWANDO - MOHD FIRDAUS
EXTREME ISLAND CLUB - SHAUFYQAH EZANY
NON RES CLUB - JAAFAR
J/KUASA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN / PANDAN UTAMA - AHMAD AFIQ
KELAB HOKI - MOHD FAIZAL
KELAB RAGBI - MOHAMMAD HANAFIE
KELAB ICSA - NURLIANA
BUILD IT - RAJA HAFIFY
KELAB DOUBLE T - MUHAMMAD SYAZWAN
KELAB FOTOGRAFI - MOHD ALIFF
KELAB TENPIN BOLING - MOHD SADDAM
KELAB BOLA SEPAK - MARIS ARIFFIN
KELAB FUTSAL - AHMAD NABIL
KELAB PING PONG - SHAUKANI
KELAB MENDAKI - MOHD NORYZAL
KELAB USAHAWAN RAKAN SISWA - SHAQIRA
KELAB MEMANCING - MUHAMAD SAWAL
ENGLISH LANGUAGE SOCIETY - MUHAMMAD ARIF SUHAILE
KELAB BOLA TAMPAR
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK

Thursday 12 January 2012

PERKEMBANGAN TERBARU MENGENAI BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Mengenai perkembangan terbaru baucer buku 1 Malaysia (BB1M ), esok (13 Januari 2012 ) satu kaunter pengedaran baucer akan dibuka di bahagian lobby hadapan KPTM Kuala Lumpur. pengedaran baucer akan bermula pada 8. 45 pagi sehingga 4. 30 petang. Para pelajar dikehendaki membawa bersama kad pengenalan dan ID . Sesi Pertama ini hanya untuk program Uitm dan Homegrown sahaja. bagi pelajar ijazah ,pengedaran baucer akan diberikan selepas daripada pendaftaran februari nanti. mohon kerjasama semua pelajar berkongsi maklumat ini dengan rakan - rakan yang lain. 
PAUTAN : BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA 

Wednesday 11 January 2012

MENGENAI BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Sejak kebelakangan ini , pihak kami menerima banyak soalan daripada pelajar mengenai baucar buku 1 Malaysia. untuk makluman anda semua , semua institusi pendidikan akan menerima baucar ini.  pihak kami baru menerima pekeliling berkenaan (BBIM) daripada pihak MARA bertarikh 6 januari 2012  untuk kolej - kolej dibawah Institut Pengajian Mara (IPMa).  status penerimaan baucer tersebut masih lagi dalam proses memandangkan kolej - kolej dibawah Institut Pengajian Mara (IPMa) perlu melalui MARA daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebelum sampai ke pihak kolej. Para Pelajar akan menerima baucer tersebut tidak lama lagi. diharap anda semua sentiasa mengikuti perkembangan ini .

Monday 2 January 2012

TAYANGAN KHAS FILEM BUJANG TERLAJAK

FILEM genre komedi begitu sinonim dengan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.
Walaupun pernah menghasilkan filem seram dan sedih, nama Prof. Madya A. Razak Mohaideen. lebih menyerlah menerusi filem komedi. Tanyalah mana-mana pengikut dunia seni tanah air, pastinya mereka lebih mengetahui judul filem komedi arahan Razak seperti Anak Mami The Movie, Mami Jarum, Bujang Senang, Sifu dan Tonga, 4 Madu dan banyak lagi.



Terbaru, pengarah kreatif ini sedang mempromosikan filem ke-32, Bujang Terlajak yang menampilkan tiga pelakon komedi popular, Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Johan Raja Lawak. Turut ditampilkan, Fazura Ahmad, Susan Menon serta pelakon filem Ratu sebagai pendedahan buat mereka. Ini adalah filem ke-13 terbitan LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd.



untuk makluman juga , Setelah meneliti 'footage' Bujang Terlajak yang sudah siap, Prof telah membuat kesimpulan inilah filem paling kelakar yang pernah diarahkannya.jadi sempena dengan tayangan rasmi filem ini di pawagam pada 19 Januari ini , LineClear Motion Pictures Sdn.Bhd dengan kerjasama MPP KPTM Kuala Lumpur akan membuat tayangan khas filem ini pada 5 Januari 2012 , bertempat di Dewan Bunga Raya , GMI-KPTM Kuala Lumpur. 



tayangan akan bermula pada 5 petang . tiket berharga RM 10.00 dan boleh dapatkan pada Saudara Azman Bin Azizan (0142240711/0129046364) atau dapatkan di Bilik MPP . jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi yang pertama menyaksikan Filem Bujang Terlajak! 

info : mymetro 

#kata admin : jangan lupa untuk menyaksikannya!

KAEDAH PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca.

buat rakan pembaca yang mendapat notis untuk jelaskan bayaran pinjaman PTPTN ,sudahkah anda jelaskannya? mungkin masih ramai yang tidak tahu cara untuk membayarnya. disini kami sertakan butiran kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN. diharap dengan maklumat ini , dapat membantu anda menjelaskan pinjaman tersebut.




**KLIK UNTUK TUMBESARAN**

buat anda yang membuat pinjaman tu , diharap dapat jelaskan sedikit demi sedikit untuk mengelakkan nama daripada blacklist. 



#kata admin : Gunakan wang pinjaman untuk tujuan yang sepatutnya