Wednesday 21 December 2011

YURAN DAN KALENDAR AKADEMIK SESI 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pembaca . entry kali ini kami akan berikan keterangan serba sedikit  mengenai yuran dan kalendar akademik untuk sesi 2012.

:: YURAN ::

Memandangkan masih ramai lagi pelajar yang masih tidak jelas mengenai struktur bayaran yuran kolej, terutama bagi pelajar baru , jadi melalui entry kali ini kami harap para pelajar akan lebih jelas mengenai sudut bayaran. 

**klik untuk tumbesaran**

untuk makluman rakan pelajar , yuran pendaftaran wajib dibayar mengikut struktur bayaran yang telah ditetapkan dan tidak boleh ditangguh. yuran pendaftaran ini juga tidak akan ditanggung oleh mana - mana badan pinjaman sama ada PTPTN mahupun MARA. untuk jelaskan yuran pendaftaran , anda boleh membuat  bayaran melalui "cash" di kolej ataupun secara "bank in " . nasihat kami, lebih baik anda membuat bayaran melalui "bank in" kerana jika anda membuat pembayaran semasa hari pendaftaran , semestinya anda kena beratur panjang dan menunggu giliran, jumlah pelajar semasa hari pendaftaran lazimnya tidak kurang daripada 1000 orang .  jadi fikirkan jalan yang mudah dan selesa . 

Cara Pembayaran Yuran Pendaftaran

Anda dikehendaki membayar Yuran Pendaftaran ke akaun  KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD dengan menggunakan borang  ”DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN” di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.
  
Pastikan anda mengisi ruangan yang disediakan di dalam borang tersebut seperti di bawah :

Nama Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd

No. Akaun  1410029000229771

Kod Organisasi A2780500 (maklumkan kod ini sekiranya diminta di kaunter BSN)

untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh klik ke  pautan ASAD

:: KALENDAR AKADEMIK :: 

untuk makluman rakan pelajar juga, kalendar akademik bagi sesi 2012 sudah pun keluar. jadi untuk melihat maklumat tersebut, anda boleh klik ke pautan link mengikut kursus anda masing - masing . 

Program Degree Februari & September
Program Homegrown



Kami dari barisan  Mpp Kptm Kuala Lumpur membantu  setakat yang termampu demi rakan - rakan pelajar semua. diharap dengan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. salam perpaduan! voice is our right ! 

kata admin : anda boleh hubungi ASAD untuk sebarang maklumat lanjut. 

Sunday 11 December 2011

MAJLIS PENGHARGAAN DAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ POLY - TECH MARA KUALA LUMPUR

AMPANG - Hari ini satu lagi sejarah dan lembaran baru akan tercipta dalam sejarah KPTM Kuala Lumpur dimana hari ini kesemua ahli barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010 / 2011 dan sesi 2011 / 2012 dikumpulkan dalam majlis yang julung kali diadakan , Majlis Penghargaan dan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan di Hotel Flamingo dirasmikan oleh Presiden Kolej Poly - Tech Mara , Dato ' Hj Yusoff Bin Harun .




::JASAMU DIKENANG,  MPP KPTM KUALA LUMPUR SESI 2010 / 2011  ::


Mengimbas kembali mengenai pucuk kepimpinan yang lepas yang diterajui saudara Abd Hasyim Asy'arie bin Halid selaku Presiden MPP serta barisan MPP yang lain, banyak kejayaan dan hasrat pelajar yang telah diperjuangkan oleh mereka . Antaranya mengusahakan kemudahan mesin minuman , membaik pulih keceriaan kolej ,  menyediakan 'stop centre' bagi setiap program di kolej dan banyak  lagi. Sesungguhnya  semangat serta contoh kepimpinan  mantan barisan  MPP KPTM Kuala Lumpur yang lepas wajar dicontohi .  Syabas dan ribuan Terima Kasih  diucapkan kepada mantan barisan  MPP KPTM Kuala Lumpur yang lepas kerana menyumbangkan sumbangan yang tidak terhingga kepada pihak kolej.

:: MPP KPTM KUALA LUMPUR SESI 2011 / 2012 : VOICE IS OUR RIGHT!::

" Voice is our right! " itulah tagline yang menjadi sandaran kami, barisan Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Kuala Lumpur yang baru . berbekalkan inspirasi dan aspirasi daripada kepimpinan yang lepas , kami akan cuba sedaya upaya mengutamakan kebajikan pelajar  dimana perkara tersebut merupakan tunjang utama untuk kami berdiri sebagai 'suara' dan wakil pelajar kali ini . Insyallah dengan sokongan anda kepada kami , segala masalah , aduan dan cadangan daripada anda akan kami terus utarakan kepada pihak yang berkenaan.

Thursday 8 December 2011

MAJLIS QURBAN KOLEJ POLY TECH MARA KUALA LUMPUR

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pembaca .....

Pada 9/11./2011 yang lepas , Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur  telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban bertempat di KPTM Kuala Lumpur. Majlis ini telah dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama penuh Majlis Pelajar Islam ( MPI) . syukur Alhamdulillah , majlis ini dapat dilaksanakan walaupun disambut dengan sederhana. 












**untuk melihat lebih banyak gambar sila lawati facebook MPP

#kata admin : terima kasih MPI

Tuesday 6 December 2011

BLOG SEBAGAI MEDIUM TERBARU

Assalamualaikum buat semua rakan pembaca...
Alhamdulillah akhirnya siap juga blog ini sebagai salah satu medium buletin kepada semua rakan - rakan . selepas facebook , kini kami tampilkan kepada anda semua blog untuk memudahkan kami menyalurkan segala informasi berkaitan pelajar KPTM Kuala Lumpur. jadi di kesempatan ini, admin ingin berkongsi tentang fungsi blog ini untuk memudahkan anda semua memberi respons terhadap perkembangan ini.


kalau anda perhatikan didalam lingkaran bulatan tersebut terdapat beberapa simbol networking termasuk facebook dan sebagainya. butang - butang tersebut untuk anda share setiap entry kami pada akaun facebook anda. jadi anda boleh klik butang tersebut untuk berkongsi maklumat yang ada, pada rakan anda di facebook.

butang scroll to top ini terdapat di bahagian bawah blog untuk memudahkan anda kembali ke bahagian atas tanpa scroll pad laptop atapun tetikus anda .



untuk mendapat maklumbalas daripada rakan - rakan , kami sediakan satu ruangan poll ataupun soalan di bahagian bawah blog. jadi kami akan sentiasa update soalan ataupun maklumbalas baru daripada anda . jadi admin memohon setiap rakan pembaca yang membaca entry blog ini , luangkan sedikit masa untuk memberi maklumbalas pada poll ini. 

kalau diperhatikan kebanyakan blog hanya membenarkan pengguna akaun gmail dan blog untuk tinggalkan komen. tapi pada blog ini , sesiapa saja boleh tinggalkan komen. anda cuma perlu klik pada "select profile" dan pilih anonymous.  kami berharap pada setiap komen tersebut anda tinggalkan nama panggilan dan bidang yang anda ambil untuk memudahkan kami memberi maklumbalas kepada setiap komen anda.

jadi kami daripada barisan MPP KPTM Kuala Lumpur sesi 2011 / 2012 akan cuba memberi yang terbaik buat rakan - rakan semua. jadi kami berharap anda semua terus memberi sokongan untuk kami terus menjadi nadi utama pelajar kepada pihak kolej. sekian saja entry kali ini, assalamualaikum ,voice is our right!


#kata admin : selepas ini nantikan entry sekitar aktiviti kolej

DALAM PENYELENGARAAN

assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca sekalian. blog ini masih lagi dalam penyelengaraan. diharap segala penambahbaikan dari kami badan MPP KPTM Kuala Lumpur dalam menyediakan saluran buletin kepada anda akan memberi kebaikan kepada semua. jadi jangan lupa untuk mengikuti segala perkembangan aktiviti di kolej melalui medium - medium yang disediakan. teruskan sokongan anda kepada kami!